Holla, gaisss! Sorry sebab lama menghilangkan diri. Mood nak berblogging terus lesap all of sudden. Ni pun punya la gigih paksa diri untuk menaip entry ni. Penyakit malas semakin berleluasa. Tak boleh jadi ni. Grrr.
For your information, nad dah berjaya habiskan zaman diploma nad hari tu (15 Mac). Last day internship nad pula pada 4 Mac yang lalu. Gila ah. Perit juga nak tamatkan diploma ni. Nak laluinya lagi la. Hanya Tuhan je yang tahu. Sob sob. Hari tu pun tak habis habis duk kira bila la praktikal nak habis. Bukannya apa. Dah tak tahan stay kat office. Bosan tu boleh la tahan. Tapi part sejuk air cond tu. Memang mengundang lapar dan mengantuk betul. Ni la padahnya kalau ambil course yang tak pergi site ke sana ke mari bagai. Padahal nad ni bukannya reti nak duduk diam. Cukup la 4 bulan tahan diri supaya tak merayap ke sana ke mari kat office tu.
Bila dah habis internship tu, nad ada seminggu lebih nak prepare untuk presentation pasal praktikal tu. Tu pun terseksa jiwa raga nak siapkan report dan slide. Report tu pula nad tahu last minute kena buat. Memang kelam kabut dibuatnya. Report tu nad siapkan beberapa jam sebelum gerak balik sana. Tu pun tak full lagi. Nad dapat tahu Rabu tu dan Sabtu tu pula kena balik Perlis. Dengan tak ada actual guideline dan format, warna coverpage pun tak decide lagi. Bila dah decide warna coverpage tu, boleh pula suruh tukar warna yang membuatkan kitorang confuse. Sekejap warna kuning, sekejap warna biru. Dah la time tu nad tengah stress siapkan report. Boleh pula terlupa minta signature dari company untuk form yang berkenaan. Terpaksa la scan dan send by email je. Esoknya nad nak balik, Jumaat tu baru lecturer ada meeting pasal penempatan kitorang kat kolej kediaman. Ni la nasibnya kalau kolej kediaman banyak sangat. Sumpah stress yang teramat sangat.
Dengan finishing schoolnya (program sebelum graduate) tiada, kitorang terpaksa bazirkan masa balik sana semata-mata presentation yang sehari tu je. Siap ada tarikh check in dan check out. Nampak sangat kitorang tak boleh stay sana lama-lama. Tu nad dah redha dah. Memang masa tu nak cepat cepat balik je. Masa presentation tu pula, tak habis habis kena soal dengan lecturer. Memang la ada interview ala-ala soal jawab gitu sebab hari tu tak ada lecturer visit untuk latihan industri, tapi soalan tu buat nad geram je. Macam nak mempersoalkan kenapa nad guna software yang company suruh tu. Intern kena la bertindak mengikut arahan kan. Takkan nak melawan pula. Haih sabar je la. Senyum je la walaupun hati tu dah macam apa dah sebab tengah menahan lapar. Haha.
So now, boleh la tarik nafas lega sikit sebab dah habis diploma. Yang penting, tak ada subjek yang kena repeat walaupun nad tak pandai pun macam orang lain. Alhamdulillah. Just menanti convocation day je. Convo pun postpone almost 3 bulan la juga. Nad akan berkonvo pada 25 Oktober nanti. Hari bekerja dan last day convocation pula tu. Haihh sabar je la nok. Yang penting dapat berkonvo. Ye ke idok?
p/s: Sorry sebab entry agak hambar dan panjang berjela. Nad rasa macam nak buat GA sempena birthday nad yang akan datang tak lama lagi. So, what do you think guys?