Assalamualaikum w.b.t.
Holla gaiss ! Amacam cuti ? Best tak ? Bagi nad best la cuti ni walaupun hari ni tak pergi mana-mana pun. Bukannya senang nak dapat cuti 4 hari macam ni kan. Hahaha. Cakap tu gaya macam kena dera buat kerja kat office je. Bukannya macam tu. Faham-faham je la kerja kat office. Tak bebas sangat. Tak boleh ke sana ke mari. Tak ada kerja penatnya lagi luar biasa daripada ada kerja. Walaupun kerja kat office ni macam tak kena sangat dengan jiwa nad yang suka bergerak ke sana sini dan kena hadap sejuk aircond lagi yang boleh mengundang rasa lapar je memanjang, tapi part cuti nad paling suka. Cuti waktu weekend woo. Haha. Ok la. Nad kena tag lagi oleh someone tu. Jeng jeng jeng. Siapa la yang tag nad tu ? Yang tag nad tu ialah
Aishah Qairina. Tak sangka dia ni tag nad. Terharu banget. Bila baca soalan tu, rasa macam "Wow ! Nad masih muda lagi nak jawab semua ni". Haha. Drama la kau ni. So let's check it out!
1. Apa movie kegemaran korang?
Erm erm. Movie ek ? Susah betul nak jawab sebab nad ni jarang tengok movie. Tengok wayang pun boleh kira dengan jari. Malang kan ? Mohon gelak. Setakat ni movie yang paling nad suka tengok Titanic dengan Home Alone. Legend weh. Titanic tu sampai dah tengok banyak kali. Tak jemu pun. Oh Jack ku yang handsome ! Hahaha.
2. Perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? Dan nyatakan 2 sebab.
Cth:orang yang suka mencarut sebab dia..?
Ni lagi susah nak jawab. Karang jawab panjang melebar, dikatanya bajet perfect pula. Haha. Nad paling tak suka orang yang suka menipu. Kalau sekali sekala tu boleh la. Tapi kalau dah tipu bab perasaan ni, memang boleh la tengok nad jadi Hulk. Huhu. Nad juga tak suka orang yang suka mencarut ni. Setakat sebut bengong, sengal, bodoh tu boleh diterima lagi la. Tapi kalau dah sampai sebut binatang haram tu, memang bye bye je la.
3. Warna kegemaran korang? Dan macam mana korang boleh suka warna tu.
Of course la warna merah dengan cream. Warna merah tu nad start suka bila nad kenal dengan kawan nad ni masa sekolah menengah. Dia tu addict sangat dengan warna merah ni. Kira macam ngam je dengan nad. Nampak macam garang gitu memandangkan nad anti pink. Warna cream tu nad suka sebab bekas tupperware nad suka sangat warna tu. Tetiba nad boleh terjebak pula. Adoyaiii. Faham faham je la bekas tupperware tu apa. Haha.
4. Berapa orang SAHABAT korang? Kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?
Entah la. Berapa tu malas nak kira. Sebab belum tentu depa tu anggap nad ni sahabat depa. Ayat sadis la pula. Haha. Nad anggap orang tu sahabat nad bila nad selesa luahkan segalanya kat diorang. Diorang selalu ada untuk nad everytime bila nad perlukan diorang.
5. Pernah bergaduh dengan adik beradik? Selalunya bergaduh sebab apa?
Of course la pernah. Siapa je yang tak pernah bergaduh dengan siblings kan ? Tapi air yang dicincang takkan putus kan. Selalunya bergaduh pasal makanan la sebab kitorang ni kaki makan. Haha. Kalau nak makan tu, mesti berebut nak yang paling besar la, paling banyak la, lawa la especially kalau ayam dan telur goreng. Sounds funny right ? Tapi tu la kitorang. Sampaikan mama dengan abah pernah cakap " Haa pergi la timbang ukur makanan tu". Terus terdiam kitorang. Kahkah.
6. Pilih nak masuk pintu Syurga atau pintu Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih.. :)
Of course la pilih syurga. Siapa je yang nak pilih masuk neraka. Gila woo. Api kat dunia pun tak tahan, inikan pula api di neraka. Tapi tu la. Kekadang tu kita kena sedar yang diri kita ni macam tak layak je nak masuk syurga tu. Keinginan tu ada, tapi usaha tu tepuk dada tanya selera (opss free free je korang dapat tazkirah khas dari nad). 6 amalan yang boleh kita lakukan untuk masuk syurga tu seperti solat, puasa, bersedekah, doakan untuk orang lain, berkata yang baik baik dan macam-macam lagi la. Tetiba otak ni jammed pula.
7. Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? Senaman apa yang korang buat?
Bersenam ye ? Boleh la. Padahal bersenam pun jarang. Kalau kat kolej dulu, rajin la juga. Haha. Selalunya jogging je. Nak menari macam zumba tu, tak minat la pula. Geli ai. Haha.
8. Jika tiba hari jadi korang? Apa yang korang ingin kan masa hari jadi korang tu?
Haa part ni nad dah lama nak. Dulu nad teringin sangat nak celebrate birthday nad dengan dia. At least dapat jumpa dia waktu birthday nad pun tak apa. Tak perlu surprise dan hadiah bagai. Tapi tu dulu la kan. Sekarang ni everything has changed. Tak perlu nak harap apa-apa (jangan menangis nad. kau kan sado).
9. Kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah.. Siapa yang korang nak dakwahkan dulu?
Alamak ! Soalan berat ni. Tak layak pun nak sampaikan dakwah. Diri sendiri pun masih tunggang terbalik lagi. Erm. Kalau la kena sampaikan dakwah, nad nak sampaikan kat public. Melalui penulisan. Kalau nak sampaikan kat orang yang terdekat macam family atau kawan-kawan ke, macam susah la sikit. Sebab dah namanya orang terdekat kan. Mesti kena guna pendekatan yang lain sikit dan berhikmah.
10. Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagi la tahu ^.^
Apa yang kurang ye ? Maybe tak letak maggi cukup rasa kot. Just kidding. Haha. Tak ada apa yang kurang pun. Just benda alah yang kat bawah post tu, rasanya lebih elok kalau kat sidebar. Sebab tak semua orang rajin baca dan scroll sampai bawah. Seems agak tersorok sikit. Sorry to say. Tapi it's up to you la. Kalau awak rasa selesa macam tu, tu hak awak kan.
Terima kasih daun keladi, lain kali tag la lagi. Hehe. Kalau ada sesiapa nak tag nad, tag je la. Kecil tapak tangan, stadium nad tadahkan. Haha. Tu pun kalau ada la kan.