Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal, Angka 1



Assalamualaikum w.b.t.

Holla !!! Rasanya dah lama nad menghilangkan diri. Bukannya sengaja nak ghaib macam tu je. Tapi lately ni agak busy sikit. Maap maap. Biasa la. Student life. Lagi-lagi tengah pre final year ni. Memang jadual tu macam pack semacam je. Balik kolej kediaman mesti rasa letih yang teramat. Kalau tak terbongkang, mesti tergolek ke sana ke mari. Tak apa. Adat la menuntut ilmu kan.

Hari ni last day bagi tahun 2014. Tak tahu nak rasa apa pada last day ni. Entah la. Semestinya tahun 2014 ni meningggalkan 1001 kenangan dalam hidup nad. Ada suka dukanya. Pahit manisnya. Jatuh bangunnya. Semua tu menjadikan nad lebih tabah untuk menghadapi masa akan datang. Tahun ni juga la nad belajar survive diri sendiri. Berdikari sikit. Buat kerja tak mengharapkan orang sangat. Ada sebabnya kenapa nad jadi macam ni. Tak perlu cerita rasanya. Takut akan mengaibkan orang lain. Tak apa. Tak mati pun kalau hidup seorang diri ni. Lepas ni kalau tercampak kat mana-mana especially waktu industrial training nanti, nad juga yang senang. Tak ada la lembik, manja dan mengada semacam. Haha.

Mulai esok juga, tiada lagi angka 1 dalam hidup nad. Woo... tak rasa excited sangat bila nak menghampiri 20 an ni. Rasa macam tak layak pula. Umur 20 ke atas ni juga la kena fikir pasal future selalu. Kena siapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan (tak tahu jodoh kita tu bila). Better buat preparation awal-awal dulu. Mantapkan skill yang diperlukan dalam kehidupan nanti especially untuk alam pekerjaan dan perkahwinan nanti. Kena la rajinkan diri untuk belajar memasak (jangan nak malas, nad oii. Nanti mak mertua tak berkenan. Haha). Tak terlupa juga kena sediakan bekalan untuk kita melangkah alam yang sana tu. Mana tahu nanti tiba giliran kita dijemput menghadap Allah. Ajal maut kan di tangan Allah dan tak dapat dijangka. Jangan asyik ingat jodoh je. 

Terasa berat la juga bila nak masuk umur 20 an. Terasa macam serba tak cukup. Umur dah meningkat tapi still tak matured sepenuhnya. Dah la nad ni anak sulung. Perangai pun still masih ada macam budak-budak lagi. Buat malu betul. Adik lelaki nad pun cakap yang nad ni macam budak-budak lagi. Kurang asam punya adik. Hahaha. Ujian dan dugaan pasti akan bertambah berat dan mencabar. Kita hidup di dunia ni kan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan menimba pengalaman baru di samping melakukan amal ibadah kepada Allah. Ok. Sempena last day 2014 ni, nad nak minta maaf kepada korang semua jika nad ada terkasar bahasa, tersakitkan hati, tersalah bicara, termarah, terbuka aib, terumpat dan segala ter la. Nad sedar yang diri ni cuma insan yang kerdil je. Tak terlepas daripada melakukan kekhilafan. Well... kita ni bukannya maksum pun macam nabi. Kita bukan insan kamil yang tak terlepas daripada melakukan dosa. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga Allah selalu memberkati hidup kita semua dan kita akan dipanjangkan umur. In shaa Allah. Ilal liqa'.

p/s : Awak, orang nanti dah masuk angka sama macam awak.