Monday, September 29, 2014

AFFNY





Pernah tak nak terasa hati dengan kawan?
Mungkinlah. Cara berfikir kita lain. Cara berfikir dia lain.
Sampai satu simpang, sudah tidak sehaluan.
Kita tulis mesej panjang-panjang dan dia boleh balas 'ok' sahaja.
Kita punya nak masa sendiri. Dia boleh bercakap banyak pula.
Kita jenis lambat-lambat. Dia pula asyik nak cepat.
Bertentangan habis.

That are so 'we'. Itu kami.
Orang lain juga pasti punya kisah yang sama.
Dalam ukhuwwah ini, satu sahaja.
Harus ada rasa untuk saling give and take.
Mahu untuk memahami. Dan juga menyayangi.
Usah sayangkan sahabat kerana apa yang dia ada.
Love her or him for what they have. And for what they don't have.

Sayang mereka atas apa adanya diri mereka.
Dan atas apa jua yang tidak ada pada diri mereka.
Kita selalu baca hadith Rasulullah SAW.
Lau yu'minu ahadukum hatta yuhibba li-akheehi maa yuhibbu linafsihi.
Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Tetapi pernah tak kita betul-betul tanya pada diri sendiri.
Bahawa satu hadith itupun sudah betul-betul diamalkan atau belum?

Mungkinkah ada suatu ketika, ujian persahabatan itu teruji.
Keep calm. Renung balik kita bersahabat kerana apa dan siapa.
Kita bersahabat untuk dibawa ke mana.
Kita sendiri sudah ada jawapannya bukan?

Kalau sahabat ada yang tak terbalas mesej.
Sangka baik. Mungkin dia sibuk. Atau mungkin ada sesuatu yang berlaku.
Doakan yang baik-baik sahaja.
Walaupun nampak sebab-sebab itu tidak munasabah, tetap sangka baik,

Kalau sahabat ada yang bad mood. Sangka baik.
Kita juga manusia biasa. Ada naik dan turun emosinya.
Reflect kembali. Mungkin ada juga salahnya pada kita.
And the list continues. Sampai kita akan pergi.
Dan bawa ukhuwwah ini hingga ke syurga.

Bila kita bersahabat.
Tak semestinya kita akan bersahabat dengan dia yang perfect.
Baik dia atau kita.
Kerana tiada manusia yang sempurna.
Apa yang ada adalah kelebihan dan kekurangan. Yang tersendiri.
Untuk saling melengkapi.
Apa adanya.
Hingga menjadi sempurna.
Ukhwah fi sabilillah.
Ukhwah until jannah.
In shaa Allah. Amin amin