Friday, May 30, 2014

1st GA by Mieyza Roslan


Assalamualaikum w.b.t

Actually ini merupakan 1st GA yang nad join. Asyik join segmen je. *Macam la selalu kan* Sekarang nak berubah angin la pula. Nak join GA pula. Saje je join. Nak cuba nasib. Mana tahu dapat menang nanti. In shaa Allah. Kalau tak menang pun, tak apa la. Sekurang-kurangnya boleh tambah follower. Hihi


Klik banner untuk join

First time buka blog nie, ya Allah!!! Cutenya blog ni. Dah mula jatuh cinta dengan header blog ni. Seriously comel dan colourful. Walaupun nad memang tak suka warna pink. Tapi nad suka dengan dekorasi blog ni. Hahaha. GA ni juga menyediakan hadiah kepada bakal pemenangnya.

Hadiah:

1. Hadiah utama, hadiah MISTERI yang bernilai RM50 *Jeng jeng jeng*
2. Hadiah saguhati, kredit telefon bernilai RM30, RM20 dan RM10 *Boleh mesej mesej calling calling. Hehe*

So, apa lagi?? Jom la memeriahkan lagi dengan join GA ni. Boleh la ajak kawan-kawan, kakak, abang, mak jemah, mak senah, mak limah, mak cik peah dan sebagainya. Jom kita support blog akak yang cun meletup ni. Hikhik ;)

Segmen 48 Jam Mini Blogwalking Bersama Anis Zahirah


Assalamualaikum w.b.t

Yuhoo!! Nad nak join segmen lagi. Sementara ada masa ni, lebih baik join segmen. Nanti bila cuti sem dah habis, tak boleh lagi nak join segmen sangat. Huhu


Btw, banner tu simple je but kiut miut. Hihi. Jealous tengok kecomelan banner tu. Hikhik. So, apa lagi?? Jom la join berjemaah. Boleh tambah follower. Hehe


Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat



Assalamualaikum w.b.t

Sobahul khair. Salam Jumaat barakah. Have a blessed day ahead. Kaifa haluk?? Alhamdulillah, ana bikhair. Hihi. Dah lama benor tak cakap dalam bahasa Arab. Tetiba jadi rindu. Padahal dulu bukan main bosan lagi bila belajar bahasa tu. Ishh... jangan dicontohi perangai tu. Hehe. Dalam seminggu, hari Jumaat yang paling istimewa. Sebab hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Kita digalakkan mengamalkan amalan-amalan sunat pada hari tersebut. Hari lain pun boleh buat. Tapi jika mengamalkan pada hari Jumaat, banyak pahala yang akan kita dapat. Apa salahnya kalau dalam banyak-banyak hari, kita pilih hari Jumaat untuk berlumba-lumba melakukan amal ibadah.

Terdapat pelbagai amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Salah satunya ialah membaca surah Al-Kahfi. Nad sebenarnya baru je tahu pasal surah ini. Waktu zaman persekolahan dulu, nad tak tahu langsung pasal amalan membaca surah Al-Kahfi. Betapa jahilnya nad masa tu. Allahu. Sob sob. Bila dah habis sekolah, baru la pandai sikit nak cari ilmu dan maklumat sendiri. Nad nak share apa sebenarnya kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tak salahkan kalau berkongsi ilmu. Biar ramai yang tahu. Bukan nak cakap yang nad ini pandai ke alim ke. Tak sama sekali. Tapi biar la kita saling mempelajari.

1. Cahaya akan terpancar kepada dirinya daripada kaki hingga ke langit pada hari akhirat kelak

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Dosa akan diampunkan antara dua Jumaat

"Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat."  (Hadis riwayat  Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al-Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam'an yang cukup panjang yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal." (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata:

"Sebabnya kerana pada awal-awal surah Al-Kahfi itu terdapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak tertipu dengan fitnah Dajjal."

Demikian juga pada akhirnya iaitu firman Allah swt:

"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain aku?..." (Al-Kahfi: 102)

Itulah antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Semoga kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga kita istiqamah dalam mengamalkannya. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua. In shaa Allah.



Tutorial Check Berat Blog


Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini nad nak ajar macam mana nak check berat blog. Berat blog ini kira macam kelajuan loading sesuatu blog la. Mesti ramai dah tahu bagaimana caranya. Kalau yang tak tahu, meh follow seperti step di bawah ini.

1. Click SINI

2. Tulis alamat url di kotak yang disediakan



3. Click "Start Test"

4. Tunggu sampai habis loading. Then, page tu akan menunjukkan resultnya

Senang dan simple je kan?? Ini contoh nad punya result. Selamat mencuba :3