Saturday, May 31, 2014

Do It Yourself (Part 1)



Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nad nak share DIY yang boleh kita sama-sama lakukan. Barang-barangnya tak susah nak cari dan murah je. Jimat kos. Cara membuatnya juga senang dan simple je. Nad terjumpa semua ni semasa tengah merayap dalam Twitter dan We Heart It. So, tunggu apa lagi. Let's check it out!!!

1. Kasut blink blink

  • Sepasang kasut *Yang dah lama atau tak digunakan lagi*
  • Gam
  • Aksesori *Manik dll*



2. Lilin krayon

  • Krayon
  • Cat *Acrylic kot. Tak sure*
  • Gelas


3. Floral Clutch

  • Kain
  • Zip
  • Aksesori hiasan

4. Gelang

  • Tali yang bersesuaian
  • Aksesori hiasan
Ni je la yang nad mampu share buat korang semua. Tak apa la. Don't worry. Nanti ada masa lagi nad share dalam part 2 pula. So just wait and see. Selamat mencuba dan have fun oke :)






2014 Blog Giveaway #1


Assalamualaikum w.b.t


Klik banner untuk join

Kali nie, giveaway yang nad join agak special sikit. Sebab apa?? Sebab hadiah yang ditawarkan merupakan hasil tangan penganjur sendiri. Lebih bermakna tu. Wuu.. Cuba tengok blog penganjur kejap. Subhanallah. Wah!! Agak menarik hati la. Semua hasil tangan penganjur semuanya cantik cantik, comel comel, colourful dan kreatif sekali. Memang terbaik kebabom la. Tu yang buat nad join GA ni tanpa berfikir panjang lagi. It's so cute and adorable. Rasa nak gigit jari je. Geram melihatnya. Hihi. Penganjur juga menerima sebarang tempahan untuk dijadikan sebagai cenderahati. Semoga perniagaan akak akan bertambah maju. In shaa Allah. Moh la kita beramai-ramai join GA ni. Rugi tau kalau tak join. Wish me luck. Amin



Monster's Giveaway

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni, nad nak join GA yang dianjurkan oleh seorang blogger ni. Tetiba je tertarik untuk join. Apa salahnya mencuba kan?? Hadiah yang ditawarkan pun tak diketahui. Tapi tak apa la. Best apa hadiah surprise surprise ni. Jeng jeng jeng....

MONSTER's GIVEAWAY

Klik banner untuk join.

Keistimewaan blog saya ialah.....(sambung)

Let me think for a while. Ermm. Haa... Got it!!

Keistimewaan blog nad ialah :

1. Bertemakan warna hijau. Agak jarang yang menggunakan warna hijau sebagai tema blog. Bagi girl, warna yang selalu digunakan ialah warna pink. So, memandangkan nad tak suka warna maka nad tetapkan warna hijau sebagai tema. Baru la unik sikit. Hehe

2. Boleh tukar background blog. Blog nad membolehkan pembaca menukar background blog yang terdapat di sidebar. Mengikut citarasa masing-masing. Baru la syok sikit nak membaca

3. Mempunyai bebrapa tips atau info yang boleh dijadikan panduan. Takkan la nak beri pembaca baca entry yang dibebel panjang lebar oleh nad je kan. Mesti la ada something extra sikit. So, nad provide la beberapa tips atau extra info sebagai tatapan pembaca

Ok la. Rasanya tu je la kot kelebihan blog nad ni. Maaf. Nad tengah berusaha untuk mencari jalan untuk menaikkan nama blog ni. In shaa Allah

Friday, May 30, 2014

1st GA by Mieyza Roslan


Assalamualaikum w.b.t

Actually ini merupakan 1st GA yang nad join. Asyik join segmen je. *Macam la selalu kan* Sekarang nak berubah angin la pula. Nak join GA pula. Saje je join. Nak cuba nasib. Mana tahu dapat menang nanti. In shaa Allah. Kalau tak menang pun, tak apa la. Sekurang-kurangnya boleh tambah follower. Hihi


Klik banner untuk join

First time buka blog nie, ya Allah!!! Cutenya blog ni. Dah mula jatuh cinta dengan header blog ni. Seriously comel dan colourful. Walaupun nad memang tak suka warna pink. Tapi nad suka dengan dekorasi blog ni. Hahaha. GA ni juga menyediakan hadiah kepada bakal pemenangnya.

Hadiah:

1. Hadiah utama, hadiah MISTERI yang bernilai RM50 *Jeng jeng jeng*
2. Hadiah saguhati, kredit telefon bernilai RM30, RM20 dan RM10 *Boleh mesej mesej calling calling. Hehe*

So, apa lagi?? Jom la memeriahkan lagi dengan join GA ni. Boleh la ajak kawan-kawan, kakak, abang, mak jemah, mak senah, mak limah, mak cik peah dan sebagainya. Jom kita support blog akak yang cun meletup ni. Hikhik ;)

Segmen 48 Jam Mini Blogwalking Bersama Anis Zahirah


Assalamualaikum w.b.t

Yuhoo!! Nad nak join segmen lagi. Sementara ada masa ni, lebih baik join segmen. Nanti bila cuti sem dah habis, tak boleh lagi nak join segmen sangat. Huhu


Btw, banner tu simple je but kiut miut. Hihi. Jealous tengok kecomelan banner tu. Hikhik. So, apa lagi?? Jom la join berjemaah. Boleh tambah follower. Hehe


Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat



Assalamualaikum w.b.t

Sobahul khair. Salam Jumaat barakah. Have a blessed day ahead. Kaifa haluk?? Alhamdulillah, ana bikhair. Hihi. Dah lama benor tak cakap dalam bahasa Arab. Tetiba jadi rindu. Padahal dulu bukan main bosan lagi bila belajar bahasa tu. Ishh... jangan dicontohi perangai tu. Hehe. Dalam seminggu, hari Jumaat yang paling istimewa. Sebab hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Kita digalakkan mengamalkan amalan-amalan sunat pada hari tersebut. Hari lain pun boleh buat. Tapi jika mengamalkan pada hari Jumaat, banyak pahala yang akan kita dapat. Apa salahnya kalau dalam banyak-banyak hari, kita pilih hari Jumaat untuk berlumba-lumba melakukan amal ibadah.

Terdapat pelbagai amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Salah satunya ialah membaca surah Al-Kahfi. Nad sebenarnya baru je tahu pasal surah ini. Waktu zaman persekolahan dulu, nad tak tahu langsung pasal amalan membaca surah Al-Kahfi. Betapa jahilnya nad masa tu. Allahu. Sob sob. Bila dah habis sekolah, baru la pandai sikit nak cari ilmu dan maklumat sendiri. Nad nak share apa sebenarnya kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Tak salahkan kalau berkongsi ilmu. Biar ramai yang tahu. Bukan nak cakap yang nad ini pandai ke alim ke. Tak sama sekali. Tapi biar la kita saling mempelajari.

1. Cahaya akan terpancar kepada dirinya daripada kaki hingga ke langit pada hari akhirat kelak

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Dosa akan diampunkan antara dua Jumaat

"Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat."  (Hadis riwayat  Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al-Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam'an yang cukup panjang yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal." (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata:

"Sebabnya kerana pada awal-awal surah Al-Kahfi itu terdapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak tertipu dengan fitnah Dajjal."

Demikian juga pada akhirnya iaitu firman Allah swt:

"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain aku?..." (Al-Kahfi: 102)

Itulah antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Semoga kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga kita istiqamah dalam mengamalkannya. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua. In shaa Allah.



Tutorial Check Berat Blog


Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini nad nak ajar macam mana nak check berat blog. Berat blog ini kira macam kelajuan loading sesuatu blog la. Mesti ramai dah tahu bagaimana caranya. Kalau yang tak tahu, meh follow seperti step di bawah ini.

1. Click SINI

2. Tulis alamat url di kotak yang disediakan



3. Click "Start Test"

4. Tunggu sampai habis loading. Then, page tu akan menunjukkan resultnya

Senang dan simple je kan?? Ini contoh nad punya result. Selamat mencuba :3




Thursday, May 29, 2014

A Day To Remember


Assalamualaikum w.b.t. Holla, guys. Disebabkan nad dah terjaga secara tiba-tiba, so nad story mory la sikit. *Ehh... sikit ke?? Ye la tu kot. Hihi* Semalam hari yang nad akan ingat sampai bila-bila. Kenapa?? Sebab nad dapat juga tunaikan hajat berjumpa dengan ustaz Amin. Masih teringat lagi kata-kata ustaz semasa kem SPM dulu. "Ini merupakan program terakhir saya bersama kamu semua". Mula-mula tu bingung la sikit. Kenapa ustaz cakap macam tu. Rupa-rupanya lepas tu ustaz dah tak mengajar kami dah. Ustaz dinaikkan pangkat dan kena transfer ke PPD Gombak. Dah la masa tu nak dekat SPM pula tu. Huwaa... Lepas habis kem tu, ustaz ada beberapa hari je bersama kami. Suasana sewaktu kelas ustaz tak macam dulu lagi. Terasa hambar sikit. Maybe sedih sebab ustaz dah tak mengajar kami lepas tu. "Sebenarnya saya dah dapat surat tawaran nie beberapa bulan lepas. Tapi saya minta tangguhkan dulu pertukaran ini. Sebab masih banyak urusan yang perlu diselesaikan di sini". Masa dengar ayat tu, terasa terharu semacam. Sebab ustaz lambatkan perpindahan dia. Huhu

Semasa last day ustaz, ustaz buat perjumpaan terakhir bersama batch nad selepas waktu persekolahan. Waktu petang selepas solat Zohor berjemaah. Nad pergi perjumpaan tu. Dah tak kisah dah kalau balik rumah lambat. Sebab nad suka sangat bab balik rumah awal ini. Hihi. Macam-macam yang ustaz kata dan pesan kat kami semua. Ye la. SPM kan nak dekat. Bila dengar ustaz bercakap, tiba-tiba air mata nad mengalir secara tidak sengaja. Bukan senang nad nak menangis bagai macam tu. Nad kan 'Iron Lady'. Aherher. Baru nad sedar yang nad menangis sebab nad sayangkan ustaz. Walaupun nad tak la rapat dengan dia. Tak dapat bayangkan bila ustaz tak ada. Tak tahu macam mana perasaan ini bila lalu depan bilik ICT lepas nie sebab tu tempat ustaz. Tak ada lagi gurauan dan usikan dari dia. Memang tak sedih mana la kan. Ermm..

Ok. Cukup la flashback tu. Sorry. Hihi. Plan nak jumpa ustaz ini bermula bila Fitria komen kat insta dan ajak pergi jumpa ustaz berjemaah. Sambil sambil main bowling la sekali kat Selayang Mall (semall). Then, semalam la kami dapat pergi jumpa ustaz. Kami gerak ke sana lebih kurang pukul 10:30 pagi. Sampai je kat sana, ronda-ronda dulu sambil cari hadiah untuk ustaz. Mula-mula tu singgah Secret Recipe kejap. Beli kek untuk ustaz la konon-kononnya. Then, cari satu lagi hadiah untuk ustaz. Takkan nak beri kek je kan. Rasa sadis la pula. Muahaha. Ronda-ronda la kat tingkat atas, tingkat bawah. Sampai naik sakit tumit ini. Tapi tak apa la. Demi ustaz tersayang kan. Hahaha. Tetiba terjumpa la something yang menarik hati. Selepas discuss dan berfikir kejap, beli la something tu sebagai hadiah ustaz. Lepas membeli, terus je pergi ke PPD di tingkat 3.

Bila dah sampai depan PPD tu, hati kami mula la berbelah bahagi. Nak masuk ke tak. Nak masuk ke tak. Ye la. Kalau someone tanya apa urusan kami ke sini, nak cakap apa. Takut mengganggu pula. Takut PPD tu tak boleh masuk sembarangan. Then, kami tebalkan muka dan masuk je la office tu. Redah je la. Pergi kat kaunter pertanyaan *Macam kaunter pertanyaan*. Minta izin nak jumpa ustaz kejap. "Boleh tak nak jumpa dengan encik Amin?" "Ohh... Ustaz Amin. Untuk urusan apa, ye? Guru ganti?". Masa tu Munira mula la pandang nad. Suruh fikir nak jawab sebab urusan apa. Memang bagus la sangat. Mun pandang nad. Nad pandang mun. Tetiba mun cakap "Kami ini pelajar dia" "Ohh.. Tunggu sebentar". Tak lama lepas tu, ustaz pun keluar. Tetiba terkejut sebab ustazah Noraini pun ada bersama. Kami follow la ustaz ustazah sampai ke food court.

Sampai je kat food court, kami order la air. Saje minum-minum. Ustaz pergi balik kat office dia kejap. Sebab terlupa yang dia ada tetamu tadi. Ermm... Rasa bersalah la sebab macam mengganggu dia je. Berborak la kejap dengan ustazah Noraini. Dia still cantik macam dulu. Malah, bertambah cantik. Berseri-seri gitu. Lepas tu, ustaz pun datang dan join kami berborak. Macam-macam la kami berborak. Tetiba ustazah cakap "Amin, tak sangka yang diorang masih ingat kita. Selalunya budak kelas yang belakang belakang yang jumpa kita. Budak kelas depan nie selalunya budak yang nakal dan buat masalah yang jumpa kita". Tetiba tersentap sikit. Alamak!! Kitorang nakal?? Biar betul?? Rasanya kitorang baik je. Nad memang nakal sikit waktu dulu. Tapi takkan terkantoi la pula. Mula kitorang cover sikit. Nakal dalam baik. Cehh... Tak nak mengaku.

Lepas je jumpa ustaz dan ustazah, terus je gerak pergi pusat bowling. Nak lepaskan hajat main bowling. Dah lama tak main la katakan. Last main pun masa jamuan kelas yang terakhir. Macam-macam yang terjadi. Bola masuk longkang memang wajib ada la. Masing-masing tak pro lagi. Sistem bowling stuck tetiba. Banyak kali pula tu. Aishh... Geram pula dibuatnya. Nasib baik la dapat habiskan game. Lepas habis game, pergi lunch kat restoran Ayam Penyet. Nad tak makan. Diet konon. Muahaha. Habis makan, terus je gerak balik ke rumah. Masing-masing dah penat. Tangan dah naik lenguh main bowling. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dapat juga berjumpa dengan ustaz. Puas dapat gembirakan ustaz. Bukan senang nak jumpa ustaz tau. Ustaz dah macam PM. Busy je memanjang. Lepas nie ustaz tak boleh la jealous jealous sebab tak ada orang jumpa ustaz dan celebrate Hari Guru. Hikhik. Alhamdulillah ala kulli hal.

Tuesday, May 27, 2014

Tutorial Download Photoscape


Assalamualaikum. Hari nie nad nak ajar macam mana nak download photoscape. Mesti ramai yang dah tahu pasal software photoscape nie. Hah?? Tak tahu?? Actually photoscape nie functionnya lebih kurang je dengan adobe photoshop. Alaa... software yang orang selalu guna untuk edit gambar tu. Tapi, adobe photoshop lebih complete dan mantap, beb. Hihi. Ok. Nad nak bagitahu step nak download software nie.

1. First click SINI

2. Then, click kat perkataan "Free Download" tu.


3. Then, tunggu sampai dia start download macam nie.


4. Apabila dah habis download akan jadi macam gambar kat bawah nie. Lepas tu click kat icon photoscape tu.


5. Bila dah click, then akan keluar macam nie. Tekan Next.


6. Lepas tekan Next akan keluar macam nie. Tekan I Agree-Install.


7. Tunggu la sampai habis proses installing tu.


8. Lepas habis installing, tekan Finish pula.


9. Nanti keluar la rupa photoscape tu. Korang boleh la buat apa apa je kat situ


Sorry sebab step agak panjang sikit. Nie pon nad tunjuk step by step. Kalau dah cuba dan berjaya atau tak, just let me know. Selamat mencuba! ^_^

Segmen Blogwalking By Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


New Look




Assalamualaikum. Haa... cuba tengok blog nie?? Dah berubah kan?? Lebih teratur dan kemas. Header blog tak ada lagi gambar orang tu yang dah berkurun lamanya. Hihi. Penat la juga meng'edit' dan men'touch up' blog nie. Tak tidur lagi sampai sekarang. Maybe sebab dah terlelap lepas Asar tadi. Huhu. Actuallly, nad nak blog nie warna merah macam yang dulu tu. Sebab tu warna favourite nad. Tapi cari punya cari, tak jumpa. So, redha je la apa yang ada. Bertemakan hijau. Hijau tu menyejukkan mata memandang kan. Hee. Lepas nie tak ada la nad nak berat sebelah lagi. Tak habis habis menaip kat blog yang lagi satu tu. So, apa pendapat korang dengan rupa blog nad yang baru nie?? Nad tahu yang masih ada yang perlu dibaiki lagi. Just drop your comment here *tu pon kalau ada orang baca entry nie la*

p/s: Do visit my 2nd blog. Click HERE