Thursday, September 26, 2013

Final exam..



Oitt...rasanya dah lama tak membebel kat sini.memang lama pun.bukannya dah menyombong tapi terlampau busy.busy dengan class bagai.elehh..macam nad nie PM je.ehh...biar la.hehe.nampak tak tajuk kat atas tu??kalau tak nampak sila buat spec atau upgrade spec anda.ehh..gurau je la.hihi :P

For your information..ecehh..speaking gitu.sekarang nie nad study week.study week??apa tu??wahai rakan-rakanku,study week nie minggu kita boleh buat revision untuk final exam nanti.tiada class langsung sebab class dah habis.depends on U dan course la.apa yang nad boleh kata,final exam is just around the corner.whoaa!!perasaan??mesti la takut + nervous.first experience kot.ye la.sistem di sekolah dengan sistem di universiti tak sama,ye.lain bebenor.haha XD

Kat sekolah just ada homework,ujian dan exam je.tapi,kat universiti nie ada test,quiz,assignment,tutorial dan final exam.see??banyak kan??tahu tak apa.so,jangan ingat student U nie kerjanya ber'enjoy' dan berjimba je.kadang-kadang tu jadual pack juga.lagi-lagi kalau ada class dari pagi sampai la petang.memang tak letih mana la kan.tapi,ada 1 je persamaan antara sekolah dengan universiti iaitu kedua-duanya ada ko-k.ko-k??apa tu??ko-k tu kokurikulum la.kat UniMAP nie,kami panggil ko-k.mula-mula rasa pelik sebab kena panggil ko-k.terasa kejanggalannya di situ.ye la.kat sekolah dulu panggil koko.lama-lama dah biasa dah.

Kat sini,semua student kena daftar dan ambil bahagian dalam unit beruniform.wajib pula tu.by hook or by crook,kena la pilih satu.dalam banyak-banyak pilihan,nad pilih..jeng..jeng..jeng..nad pilih untuk masuk Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia(KLKM).KLKM??apa tu??mesti ramai yang tahu tu akan tertanya-tanya dan terpinga-pinga.nad pun dulu macam tu.tapi,nasib baik ada taklimat ko-k sebelum memilih tu.KLKM tu kalau kat sekolah,kita panggil pengakap.tapi,kat sini tak la panggil pengakap walaupun KLKM nie adik-beradik pengakap.uniform memang sama dengan pengakap cuma nama je yang lain.sebenarnya,dari sekolah rendah lagi nad memang nak masuk pengakap.cuma,tak ada peluang je.sekarang baru la dapat rasa jadi pengakap.pergi berkhemah kat hutan.best kot.wuhoo!!

Ishh..nad nie dah melalut entah ke mana la.tak ada kaitan dengan tajuk pun.hehe.biasa la kalau dah lama tak membebel.macam-macam nak diceritanya.ok la.final exam start 30 September sampai 11 Oktober.lama kan??sebab ada banyak gap antara paper.semua paper 3 jam.lama kot.sempat kalau nak berangan.haha.apa la nad nie.dah biasa dah berangan masa jawab exam.favourite tu.wee..nad ambil 6 paper untuk final exam nie.banyak kan??memang banyak.tu pun nasib baik nad tak ambil class BI.nad dikecualikan dari class tu.special case gitu.haha.subjek yang nad ambil ialah:
  1. Information and Technology Skills
  2. Computer System Principles
  3. Electric Circuit Principles
  4. Engineering Physics
  5. Bahasa Melayu Universiti
  6. Mathematics 1
See??major subjek nad dalam BI kan??memey la.dah ambil course Computer Engineering.memang majornya BI la kan.tu la.nak sangat ambil course yang ada kaitan dengan komputer.kena la biasakan lidah nie speaking.kalau nak menulis,tak ada hal la sangat.cuma,kalau nak bercakap atau nak study tu,agak susah la sikit.tak apa la.alah bisa tegal biasa.practice makes perfect.ok la.apa-apa pun,tolong doakan nad boleh jawab final exam nie nanti,ye.wish me luck.for those who will take final exam just like me,good luck!!all the best.bittaufiq wannajah

*sorry la.tak ada gambar langsung.it's quite bored,right??yes,I know it

 

Tuesday, May 21, 2013

Syukur,alhamdulillah

Oitt..rasanya dah lama nad tak berceloteh kat sini.rindu tahap gaban kot.keadaan dan masa tak mengizinkan untuk nad menaip kat blog nie.hehe.pada 17 Mei yang lalu,baru nad tahu yang result UPU akan keluar.terkejut dan kelam kabut la juga nad masa tu.ye la,ingatkan keluar 21 Mei.ishh..tak apa la.lagi awal lagi bagus.sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.nad pun dah rasa bosan tanam anggur nie.padahal baru je.huhu.pagi tu,hujan pula turun lebat.dapat rasa kedinginan tu kat diri nie.adoyai!!kalau tak sebab result UPU tu,dah lama nad melelapkan mata kejap.memang nikmat dan syok la kalau dapat tidur time hujan macam tu.

Tepat pukul 11.50,nad dah tergesa-gesa dan kelam-kabut ambil laptop.macam masuk pertandingan lumba lari pula.dalam hati nie berharap jangan la broadband buat hal time hujan macam nie.bila jam sudah menunjukkan pukul 12,terus nad search laman web untuk check UPU kat google.bila dah dapat dan isi no ic,nad dah mula tutup mata sambil menunggu.kononnye surprise la sikit.dalam hati dah berharap,tolong la dapat first choice.tu je la yang nad harap sangat-sangat selama nie.lama la juga menunggu.biasa la,jammed sebab ramai orang buka laman web tu.nad asyik buka dan tutup je mata tu.bila rasa dah keluar result tu,nad buka mata perlahan-lahan.dan resultnya ialah..jeng jeng jeng..


Terbeliak biji mata nad tengok result tu.hah??UniMAP??biar betul nie??baru sedar yang result tu fourth choice nad.rasa frust sikit tu ada.sebab tak dapat U impian nad.then,terus lari-lari ke dapur dan jerit kat mama.terserlah ketidakmatangan waktu tu.macam budak tadika baru dapat gula-gula je.orang first yang tahu mesti la mama.mama gembira la juga bila dapat tahu yang nad dapat masuk U.lepas tu,nad cakap la yang course tu selalunya major budak lelaki ambil.mama boleh lagi cakap 'lepas nie bf kakak keliling pinggang la ye'.haha.nad mampu cakap 'eee..geli!!'.ecehh..padahal cover je tu.hehe.

Lepas cakap dengan mama,terus je call abah untuk inform pasal hal tu.bila nad cakap yang nad dapat UniMAP course computer engineering,boleh pula abah tanya 'UniMAP tu kat mana??'.adoyai!!buat lawak la  abah nie.then,terus fikir sekejap.sebab sebelum nie nad dapat tawaran matrikulasi.tak tahu nak pilih yang mana antara dua tu.pening juga dibuatnya.haihh..dua-dua tu ada baik dan buruknya.terasa susah nak pilih.lagi-lagi tawaran matrik tu nad tak sangka boleh dapat.dulu apply pun sebab mama suruh.kalau tak,jangan harap la nad nak apply.



Bila fikir balik antara dua tu,ada perbezaannya.kalau ambil matrik,belum tentu nad boleh jadi engineer nanti.maybe nad dapat modul 3 (math,bio,kimia,sains komputer).tapi kalau pilih diploma,peluang untuk jadi engineer tu ada.sebab dapat course engineering.matrik lagi singkat pembelajarannya.1 tahun kot.jimat masa sikit.lepas tu,boleh ambil degree.kalau diploma,3 tahun.lepas tu baru boleh ambil degree.lama la juga.setelah fikir masak-masak,akhirnya nad pilih diploma.sebab bila nad dapat matrik,kena ukur baju di badan sendiri.lagipun keadaan nad tak mengizinkan untuk ambil matrik.takut berisiko tinggi nanti.

Dan dengan berat hatinya,nad terpaksa lepaskan tawaran matrik.sedih la juga.sebab dah la tak ramai yang dapat kat sana.member yang dapat sama dengan nad dah confirm pergi sana.dah la kat U nanti,confirm la tak ada member 1 sekolah yang dapat sana.terpaksa la nad merantau kat sana seorang diri.kawan baru,life baru dan environment baru.macam mana la agaknya nad kat sana nanti.ada tak orang yang sudi kawan dengan nad?tak ramai yang sudi terima nad sebagai kawan seadanya.macam mana la pergaulan kat sana??bila dah keluar dari sekolah dan melangkah ke dunia luar,terasa takut la pula.takut nad akan hanyut dan berubah nanti.harap-harap la pergaulan kat sana tak la bebas sangat.amin~

p/s:keputusan nie diambil setelah discuss dengan kaunselor tak rasmi nad tu.awak,kita berdua nie bakal engineer la.baru perasan.wahh!!kita fight dan pastikan kita sama-sama jadi engineer nanti.insyaAllah.hehe:P

Sunday, April 14, 2013

Looking ahead


Apa khabar semua??nad harap pembaca yang baca entry nad nie sihat-sihat selalu bersama orang yang tersayang.hmm..looking ahead??memandangkan nad dah pon selesai exam SPM dan bakal menginjak 18 tahun,rasanya patut la nad fikirkan masa depan.buat adik-adik yang bakal menduduki exam SPM tahun nie,nad ucapkan semoga berjaya.jaga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia.jaga hati ibu ayah.sesungguhnya keredhaan Allah terletak atas keredhaan ibu ayah.macam mana dengan result SPM??haishh..siapa yang berani tanya tu,siap la!!ehh..gurau je la.hehe~ 

Alhamdulillah,result nad ok je.berapa A??tu biar la hanya nad dan mereka je yang tau.past is past.malas nak ungkit lagi.takut nad akan mempersoalkan ketentuan Allah buat nad.so far,semua subjek nad lepas kepujian.bukan senang nak lulus semua subjek.dah macam-macam nad lalui sepanjang tempoh menghadapi SPM.dan nie la hasil yang nad dapat.rasa bangga pon ada lagi-lagi bagi subjek add math.subjek favourite orang ramai untuk gagal.


So,lepas nie nak further study kat mana??nad dah plan nak sambung belajar kat IPTA.borang UPU pon nad dah hantar.kalau ada rezeki,nad nak ambil course engineering.that's my first choice.seterusnya,course ICT/komputer dan teknologi.sebenarnya,nad lebih minat ke arah business dan account.tapi,nak buat macam mana.dah nad ambil aliran sains agama.dulu mama suruh tukar ambil aliran akaun,nad tak nak.saje je nak cabar diri supaya sukakan sains.then,jejak je kaki kat kelas sains,nad dah decide yang nad takkan ambil course yang berkaitan dengan perubatan.never ever and ever.sebab nad tak minat langsung.kalau nak ambil pon,course farmasi je.lepas je habis SPM,nad rasa keliru.tak tahu nak ambil apa.matrik??asasi??diploma??STPM??STAM??banyak sangat choice.tak tahu nak pilih yang mana.nad ada la juga pergi seminar hala tuju selepas SPM bila habis je exam SPM.penceramah tu cakap dalam banyak-banyak pilihan tu,yang terbaik adalah diploma.kenapa??sebab diploma laku untuk cari kerja.sijil matrik dan asasi tak laku dan memerlukan pointer yang tinggi.tempat untuk ke IPTA bagi lepasan matrik dan asasi agak terhad untuk sambung ke ijazah.terpaksa bersaing dengan ramai orang.bagi lepasan diploma pula,tempat untuk sambung kat IPTA untuk diploma dah di'reserve' awal-awal sebelum graduate.so,lepasan diploma lagi untung la.

Lagipon,nad memang nak ambil diploma.senang sikit walaupon take time.kalau matrik dan asasi,silibus tak complete.ye la,sekadar shortcut untuk ke ijazah.tak payah ambil diploma dah.matrik dan asasi kena study habis-habisan.kena dapat pointer tinggi.kalau tak,kena repeat paper atau dibuang.kalau tak silap nad la.selain diploma,STPM pon ok juga.bukan nad nak kata yang asasi,matrik dan STAM tu tak bagus.tapi nie pada pendapat nad la.STPM nie walaupon subjeknya susah,tapi agak berguna untuk masuk IPTA bagi ijazah.sebab STPM nie silibusnya detail.kalau masuk IPTA untuk ijazah,dah ada asas dah.rasanya lebih kurang sama je dengan silibus untuk ijazah.cuma,kena la masuk alam persekolahan balik.pakai uniform sekolah dan kena ikut peraturan sekolah.tu yang ramai orang benci tu.dah lepas SPM,tak nak terikat dengan sekolah dah.

Dan penceramah tu ada cakap yang budak aliran sains nie untung.sebab IPTA ambil pelajar 60% aliran sains          dan 40% aliran sastera (selain aliran sains).so,budak aliran sains lebih senang nak masuk IPTA untuk diploma.tapi,jangan risau la untuk sesiapa yang bukan dari aliran sains.boleh je nak senang masuk IPTA.study je selalu dan usaha untuk dapatkan result yang gempak.sure dapat masuk IPTA.macam mana dengan STAM??hmm..sebenarnya,nad dapat tawaran STAM.tapi,terpaksa tolak.tak yakin boleh carry on.STAM nie macam STPM juga.tapi,subjeknya semua berkaitan dengan agama.so,STAM nie senang la nak further study kat timr tengah.seperti Jordan,Mesir,Maghribi dan Morocco.walaupun STAM nie agak susah dan kena hafal banyak perkara,tapi tetap ada kebaikan juga.sebab dapat menguatkan lagi bahasa Arab.ye la,STAM nie semua subjeknya dalam bahasa Arab.khas untuk bakal ustaz,ustazah dan pendakwah.hehe~

Ok la.rasanya dah banyak dah nad membebel ketika nie.mesti rasa bosan siapa yang membaca entry nie.nasib dia la.kesian kat dia.hehe~ lain kali,nad update entry lagi.bila nad free la.hope sesiapa yang baca entry nie,dapat la juga information sikit walaupon tak banyak.take care.see you soon.Assalamualaikum ^_^


*info nie dapat dari kawan di fb.dia tag nama nad.thanks for your info,yana

p/s:buat calon SPM,buatlah pilihan yang terbaik dan bijak untuk masa depan nanti


Monday, April 8, 2013

Kembali semula

Wahh!! rasanye dah lama tak berceloteh kat sini.about 3 months.lama la jugak.busy kerja punya pasal.hehe.for your information,sekarang nie nad kerja kat tadika.sebelum tu pernah kerja kat PR (Pustaka Rawang).just bertahan 2 minggu je.sebab kenapa nad resign?? Tu biarlah hanya nad, Masitah, family, kawan rapat dan Allah je yang tahu.past is past, ok??ecehh.. 'hah??kerja tadika??' tu la my first sentence bila ditawarkan offer tu.pelik+hairan kenapa la yana offer job tu kat nad.rasa macam tak sesuai dengan jiwa nad je.ye la, kat sekolah dulu pon nad tak berapa nak sangat bercakap kat depan kelas.confirm orang yang paling lambat buat ujian lisan.cakap pun tak boleh pandang budak lelaki sangat.nervous kot.huhu~

nak tahu kenapa nad terima offer job tu??macam nie alkisahnye.lepas je nad resign dari PR tu, nad jadi penganggur selama sebulan.merasa juga jadi penganggur nie.seriously,sungguh tak best dan membosankan.ye la, nad dah biasa jadual hidup nie pack.kalau time sekolah tu, pagi pergi sekolah, petang tuisyen atau koko dan malam baru la study, buat homework atau turun gelanggang silat.so,nak tidur awal memang boleh la.sepanjang time menganggur, memang selalu jadi burung hantu.dah apply macam-macam kerja, tapi still tak ada call.agak-agaknye lepas nad resign tu, bos dah sumpah nad susah dapat kerja kot.entah la.nasib tak menyebelahi nad.bukan rezeki nad.

Suatu hari tu, yana hantar mesej.dye offer job jadi cikgu tadika berhampiran dengan rumah dye.mula-mula pelik la juga kenapa dye offer job tu kat nad.memang salah orang la.kelakar kot.ye la, nad yang boyish, brutal dan rock nie tiba-tiba je dapat offer job yang wajib nad jadi perempuan melayu terakhir dan penyayang gitu.memang habis la budak-budak tu nad kerjakan dan abaikan.tapi,nad tak beri jawapan lagi.then, nad cerita la kat mama.mama cakap 'ika,ambil je la kerja tu.cuba je untuk cari pengalaman.ika kena la berubah.yakin pada diri sendiri.mengajar orang besar pahalanye'.tu yang nad ingat la.

Next, sebelum tidur nad berfikir sekejap apa sebabnye nad patut terima offer tu.nie antara sebab nad terima offer tu.
  1. Meningkatkan lagi keyakinan diri yang tak berapa nak ada nie.kena jadi berani berbicara di depan orang
  2. Daripada menganggur kat rumah, better ambil je offer tu.rugi kalau tolak.lagipun, dah bosan duduk rumah
  3. Sampai bila la nak hidup macam nie.sekurang-kurangnye ada juga perubahan dan ilmu yang diperoleh seperti menguruskan kanak-kanak.tak la kasar sangat macam dulu.hehe
Esoknya, nad teks yana tanya pasal offer tu.alhamdulillah, still kosong lagi.dapat je nombor telefon ibu za, terus je call.esoknye, dah start kerja.tanggal 1 Februari 2013, nad sah jadi guru tadika sambilan.rasa macam tak percaya pula.hehe~

p/s:tak ada gambar nak post.maklum la, entry express ^_^